Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin
pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu
dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang
terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungannya dengan
nafsu, ada hubungannya pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal
nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut
perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki,
perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki
mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki
ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan
seorang perempuan dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai macam tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan, maka
perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita. Maka akan
ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita itu.
Oleh karana itulah
wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah
wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat payudaranya, maka wanita itu berkewajiban menutup bentuk payudaranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki
akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian
supaya tidak tertampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat
pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggungnya tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk
pahanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat
sehingga terlihat bentuk pahanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh
lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh,
berbaju labuh, jika beliau memakai celana,walau nampak besar sedikit, nafsu
kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal,
setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan
mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai
stoking yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki
ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka
tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang
indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali
jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup solehah, takut
mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu
lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini
ada satu lagi jenis penyakit,yaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan
sepontan jika ia terlihat warna yang mencolok atau terang yang dipakai perempuan.
Maka oleh itu wahai
perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya sangat terang. Jika hendak memakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah,
jika anda semua ingin tahu bagaimanakah mata lelaki itu, dan perlu diingatkan,
jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai,
perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar
sendiri2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita
agar tidak diganggu, bagi lelaki pula janganlah matanya menjalar langsung
kepada muslimah, jika telah menutup aurat, insyaAllah selamat
dunia akhirat.
Seperti firman
Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia
sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang
memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata
kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, karena ia
dilarang oleh Allah SWT.
Adalah hal yang wajar
apabila seorang wanita ingin terlihat cantik, asalkan ditujukan untuk suaminya
sendiri. Lalu bagaimana apabila ada wanita yang ingin terlihat cantik dengan
jilbabnya tapi bukan untuk dilihat suaminya? Atau mempamerkan gambar di
FB agar semua mata memandangnya?
Duhai wanita muslimah
yang merindukan Jannah, wanita seperti apakah yang ingin selalu tampil cantik
tapi bukan untuk suaminya?
Siapakah yang telah
meracunimu sedemikian rupa?
Apakah dirimu rela
menjadi hiasan syaitan?
Sungguh menyedihkan,
sungguh menyesakkan dada... Ingin menitis rasanya air mata ini menyaksikan
tingkah laku wanita muslimah yang “berjilbab”, tetapi tidak memahami hikmah
yang disyari’atkannya jilbab bagi mereka.
Dengan “sepotong” kain
yang hanya menutupi rambutnya, mereka katakan telah berjilbab. Dengan
“selembar” kain yang diikat-ikatkan ke lehernya, mereka katakan telah
berjilbab. Yang lebih menyedihkan lagi, mereka mengenakan seluar jeans
ketat agar dikatakan sebagai wanita muslimah yang dinamis.
Bahkan berdandan berlebih-lebihan agar
terlihat cantik sehingga rela menjadi santapan mata para lelaki hidung belang.